Log Masuk

Sila login dengan nama pengguna dan katalaluan anda.

Nama Pengguna :

*

Katalaluan :

*

Nama Pengguna atau Katalaluan tidak tepat.
*Ruangan wajib diisi.

This is an example of a HTML caption with a link.
 

 

Rekabentuk logo adalah berdasarkan kepada fungsi dan matlamat pembangunan portal bagi mewujudkan satu trademark dan branding yang mencerminkan cetusan idea, kreativiti dan komitmen sektor awam dalam penghasilan inovasi yang berupaya memberi impak kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada seluruh warga Malaysia.

Perkataan HISA mendominasi ruang bagi mewujudkan satu rekabentuk logo yang lebih mudah dikenali, difahami, diingati, jelas dan efisien.

 

Tiga strok lingkaran dibahagian hujung perkataan HISA disusun dalam posisi yang berbeza bagi mewujudkan kesan pergerakan dan transformasi dengan membawa maksud perubahan dinamik inovasi yang dihasilkan oleh agensi sektor awam.

 

Tiga warna diaplikasikan dalam penghasilan logo iaitu biru, biru muda dan merah. Warna utama iaitu biru digunakan dalam membentuk perkataan HISA melambangkan kematangan, keupayaan dan keyakinan terhadap portal HISA sebagai hab rujukan inovasi sektor awam.

 

Biru muda melambangkan kelainan cetusan idea segar yang dihasilkan oleh pelbagai organisasi dalam sektor awam. Warna merah pula membawa maksud keupayaan penghasilan inovasi yang kreatif dan berimpak tingggi. Gabungan ketiga-tiga warna ini memberi gambaran kesedaran budaya inovasi dan pemikiran diluar kotak dikalangan penjawat awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam.

 




 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan.Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox,
Internet Explorer 7.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.