SISTEM PENGURUSAN PEMBEKAL PERKESO (SOCSO VENDOR MANAGEMENT SYSTEM)
PERKESO mempunyai banyak pembekal yang menjalankan perolehan di PERKESO. Tetapi pembekal-pembekal ini tidak diuruskan dengan baik dan teratur. Selain daripada berurusan dengan pembekal, Unit Perolehan juga bertanggungjawab terhadap pemantauan kontrak-kontrak yang sedang aktif dan perkara-perkara lain yang berkaitan . Dalam memastikan kesemua perkara yang dinyatakan di atas dapat dipantau dengan baik, Unit Perolehan merasakan satu sistem perlu dibangunkan. Dengan sebab itu, satu sistem data base berasaskan Microsoft Access telah diwujudkan. Dalam sistem yang dipanggil SOVMAS ini, terdapat 4 modul utama iaitu Modul Pembekal, Modul Kontrak, Modul Bon Pelaksanaan dan Modul Tindakan Tatatertib Pembekal. Keempat-empat modul ini saling berkait antara satu sama lain. Sistem ini adalah satu langkah awal dalam mentransformasikan Unit Perolehan dari kerja-kerja secara manual kepada proses kerja yang lebih sistematik tanpa melibatkan sebarang kos tetapi memberi impak yang besar kepada organisasi secara keseluruhannya.
 
Dibaca : 1002 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 44 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :