Peranan Askar Askar Wataniah Dalam Meningkatkan Pengawasan dan Keselamatan Kawasan Tanggungjawab
Tarikh dilaksanakan pada 25 November 2011 melalui perbincangan di antara Panglima 1 Div, Panglima-Panglima formasi di bawah naungan dan Timbalan Komander Rejimen Siri 500 Aw kawasan negeri Sarawak dan Sabah. Rancangan ini dibangkitkan sebagai usaha bagi menangani permasalahan kekurangan maklumat perisikan khususnya melibatkan kawasan ulu Rejang, Ulu Kapit dan Ulu Bara yang dibangkitkan semasa Mesyuarat Panglima 1 Div Siri 2/2011 pada 8 disember 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Universiti Malaysia, Sabah. Lanjutan daripada usaha tersebut, rancangan pelaksanaan ini telah dibuat melalui tiga fasa iaitu: Fasa 1 (Tahun 2011). Mengenalpasti beberapa lokasi di KTJ yang tidak memapu dibuat pengawasan (surveillance) akibat kekurangan operator perisikan dan anggota di pos-pos operasi yang sedia ada. Fasa 2 (Tahun 2012). Rancangan untuk melibatkan anggota Rej AW Siri 500 sebagai Anggota Penyampai Maklumat (APM) mula diperkenalkan dan secara tidak langsung konsep ini meningkatkan lagi peranan Rej AW sebagai sebahagian daripada organisasi 1 div yang mampu memberi sumbangan dalam melaksanakan pengutipan maklumat di Wilayah II. Fasa 3 (Tahun 2013). Pelaksanaan inovasi sumber manusia ini mula dioperasikan dengan mengambil kira faktor disiplin anggota, bertanggungjawab, proaktif dalam penugasan dan kreatif. Disamping meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan melalui pakej Latihan Asas Risikan yang telah dilaksanakan di setiap penempatan pasukan Rej Aw. Seramai 57 anggota APM telah dilatih sebagai mata dan telinga dalam konteks pelaksanaan Perisikan Taktikal. Maklumat ini disalurkan kepada MK 1 Div melalui Timbalan Komander Rejimen masing-masing. Dalam menentukan keselamatan KTJ keseluruhannya yang meliputi daratan negeri Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan sememangnya wujud cabaran yang cukup tinggi dalam usaha susun kumpul maklumat tentang ancaman semasa di sesebuah penempatan. Ini adalah disebabkan oleh KTJ yang cukup luas disamping beberapa faktor yang menjadi kekangan kepada organisasi ini walaupun dibarisi oleh tiga formasi dibawah pemerintahan 1 Div sperti berikut: a. 3 Bgd (Kuching) Bertanggungjawab terhadap kawasan barat negeri Sarawak iaitu Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong. a. 9 Bgd (Sibu) Bertanggungjawab secara langsung meliputi kawasan timur negeri Sarawak iaitu bahagian Sibu, Sarikei, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. a. 5 Bgd (Kota Kinabalu) Bertanggungjawab terhadap keseluruhan daratan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Setiap formasi mempunya KTJ masing-masing dan kawasan-kawasan ini turut dibahagikan kepada sektor yang lebih kecil sebagai KTJ pasukan-pasukan tempur dibawah naungan. Sungguhpun begitu, dalam mengaturgerakkan elemen perisikan bagi memantau tahap keselamatan di KTJ yang tidak dapat dikuasai sepenuhnya dan masih wujudnya jurang dan ruang di beberapa lokasi tertentu. Tambahan pula kawasan yang melibatkan persempadanan dengan beberapa buah negara secara relatifnya adalah sukar dipantau disebabkan oleh bentuk mukabumi yang berbeza daripada Semenanjung Malaysia dan persempadanan yang terletak jauh di kawasan pedalaman. Secara tidak langsung, aspek sistem perhubungan dan komunikasi yasng terhad serta tidak sempurna lebih menyulitkan lagi situasi sedia ada. Namun faktor sebegini tidak boleh dijadikan alasan untuk menafikan tanggungjawab yang diamanahkan. Justeru, jalan penyelsesaian perlu dicari dan diterjemahkan ke dalam satu plan tindakan yang akhirnya mampu diterapkan bagi menyelesaikan cabaran tersebut.Pelaksanaan projek inovasi ini dilaksanakan adalah ntuk mengatasi masalah kekurangan anggotta tetap khususnya operator perisikan dalam memantau serta menyalurkan maklumat semasa keselamatan di KTJ. Sekiranya tugasan ini dibuat penelitian, peranan yang sama ini boleh dimainkan oleh anggota sukarela Rejimen Siri 500 Askar Wataniah dalam membantu 1 Div memantau keselamatan Wilayah II melalui pemerhatian, pemantauan, penguasaan kawasan dan penyaluran maklumat secara cepat, tepat dan berterusan. Dalam pengertian yang lebih mudah, anggota sukarela secara terancang diaturgerakkan dengan sistematik sebagai “mata dan telinga” angkatan tetap khususnya di kawasan pedalaman yang sukar dimasuki. Dengan berbekalkan kemudahan dan sistem yang sedia ada, konsep ini dilihat tidak akan menimbulkan sebrang permasalahan yang serius malah langkah ini seterusnya akan terus diaplikasikan bagi membantu angkatan tetap dalam mendokong konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).

PENINGKATAN DALAM HASIL KESELURUHAN DARIPADA INOVASI YANG DIJALANKAN

 
Dibaca : 980 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 17 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * :

PENINGKATAN DALAM HASIL KESELURUHAN DARIPADA INOVASI YANG DIJALANKAN

Skop * :
Objektif * :
kreativiti * :
signifikasi * :