Kad Permohonan Tanah (Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Ipoh)
Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kinta Ipoh melalui Bahagian Pelupusan memproses permohonan pemberimilikan tanah kerajaan, lesen pendudukan sementara (LPS), permit bahan batuan, perizaban tanah kerajaan dan skim perumahan/industri. Sepanjang tahun 2014, PDT Ipoh telah menerima 607 permohonan dan berdasarkan itu, satu kaedah yang mudah dan sistematik diperlukan dalam menguruskan permohonan pemberimilikan tanah. Oleh itu, jabatan ini telah melaksanakan inovasi Kad Permohonan Tanah.
 
Dibaca : 100 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 6 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * :
Skop * : Pelanggan yang terlibat dengan permohonan tanah (pemberimilikan).
Objektif * : Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan dalam urusan semakan dan pertanyaan berkaitan dengan permohonan tanah.
kreativiti * : 1. Kad bersaiz kecil seperti kad pengenalan.
2. Kad melambangkan identiti pemohon yang sah bagi penyemakan status permohonan.
3. Mesra pelanggan kerana mudah dibawa dan disimpan.
4. Mempunyai barcode yang akan mempercepatkan proses penyemakan.
keberkesanan * : 1. Memudahkan petugas kaunter untuk menyemak status permohonan dan mendapatkan fail yang berkenaan.
2. Menjimatkan masa dan juga tenaga kerja.
3. Pelaksanaan inovasi ini akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, kecekapan dan ketepatan dalam mendapatkan status permohonan.
relavan * : Inovasi ini sesuai digunapakai oleh Bahagian Pelupusan di semua Pejabat Daerah dan Tanah.
signifikasi * : 1. Memudahkan pelanggan kerana mudah dibawa dan disimpan di dalam dompet.
2. Pelanggan tidak lagi perlu membawa dokumen yang banyak semasa berurusan di PDT Ipoh.
3. Semakan lebih cepat iaitu hanya 1 minit berbanding kaedah lama antara 10 hingga 15 minit.
4. Mencari fail melalui sistem barcode dan tidak memerlukan ramai kakitangan.
5. Teratur dan mudah dilaksanakan.
pencapaian * : 1. Sebanyak 117 Kad Permohonan Tanah telah dikeluarkan kepada pemohon dalam tahun 2015.
2. Inovasi ini telah memenangi tempat kedua bagi kategori Anugerah Inovasi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Perak Tahun 2015.