MULTI-PURPOSE ROSTRUM MOBILE SYSTEM (MPR- MOBILE SYSTEM)
Produk ini dikelaskan sebagai satu inovasi baru dalam penghasilan rostrum untuk kegunaan majlis-majlis rasmi dan juga separa rasmi dan ianya juga praktikal untuk digunakan sebagai rehal di Masjid, Surau dan pusat pengajian tahfiz.
Multi- Purpose Rostrum Mobile System atau MPR Mobile System merupakan satu produk yang dibangunkan dalam usaha memudahkan penggunaan rostrum kepada semua peringkat umur, ketinggian dan juga mesra pengguna kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
 
Dibaca : 105 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 7 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * : Multi- Purpose Rostrum Mobile System atau MPR Mobile System merupakan satu produk yang dibangunkan dalam usaha memudahkan penggunaan rostrum kepada semua peringkat umur, ketinggian dan juga mesra pengguna kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Skop * : Golongan Orang Kurang Upaya (OKU0, penganjur Majlis, Pejabat Awam dan Organisasi Masyarakat serta Institusi Pengajian
Objektif * : Memudahkan pengendalian sesebuah majlis atau program yang dihadiri oleh semua peringkat dan lapisan masyarakat kerana penggunaan ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan pengendalian
kreativiti * :
keberkesanan * :
Produk yang dicipta ini sangat ringan iaitu kira-kira 20 Kilogram dan didatangkan dalam sebuah set yang lengkap. Malah, saiz yang kecil iaitu 2.5 kaki X 2.5 Kaki memudahkan pengendalian. Produk ini boleh dilaraskan sesuai dengan ketinggian pengguna dan dapat digunakan oleh semua orang termasuk Orang Kurang Upaya (OKU).
relavan * : Mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja dan boleh digunakan dimana-mana saja dengan menggunakan sumber elektrik yang minima. Sumber elektrik juga boleh dicaj dan disimpan di dalam suatu alat khas. Selain itu, kuasa bateri juga boleh digunakan dalam produk ini.
signifikasi * : Kos untuk mencipta produk ini ialah RM2,000.00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU SAHAJA) dan ianya sangat murah berbanding dengan sebuah rostrum besi. Ditambah dengan penggunaan secara separa automatik dan gabungan sistem yang terkini, kos tersebut dianggap lagi masih murah.
Produk ini dilengkapi dengan pelbagai ciri automatik dan sistem elektrik terkini bagi memudahkan penggunaan disamping dapat menjimatkan tenaga manusia dalam mengendalikan sesuatu majlis.
pencapaian * : MPR Mobile system ini diharapkan akan dapat membantu memudahkan golongan sasran dalam menyampaikan idea, pandangan dan pendapat mereka tanpa halangan.