Sistem Pengurusan Tempahan Rumah Rehat MARA (e-Rehat)
Sistem Pengurusan Tempahan Rumah Rehat MARA (e-Rehat) adalah sebuah sistem yang dibangunkan bagi kegunaan warga kerja MARA membuat penempahan rumah rehat secara online. Selain itu, ia juga membantu pengurusan tempahan bagi semua pentadbir rumah rehat di Pejabat MARA Negeri/Daerah (PMN/PMD) di bawah seliaan Bahagian Aset dan Perolehan (BAP). Inovasi ini telah dibangunkan bermula pada bulan April 2014 hingga dilaksanakan sepenuhnya pada 7 November 2014.
Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) adalah salah satu bahagian di bawah sektor Khidmat Pengurusan MARA yang dipertanggungjawabkan dalam memperluaskan kemudahan ICT kepada seluruh komuniti organisasi MARA dalam mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan ICT melalui satu gerbang capaian. BTM juga memberi perkhidmatan bantuan teknikal kepada pengguna kemudahan ICT MARA dan merancang, membangun serta menyelenggara infrastruktur bagi memudahkan pertukaran dan perkongsian maklumat.
 
Dibaca : 907 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 21 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * :
Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) adalah salah satu bahagian di bawah sektor Khidmat Pengurusan MARA yang dipertanggungjawabkan dalam memperluaskan kemudahan ICT kepada seluruh komuniti organisasi MARA dalam mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan ICT melalui satu gerbang capaian. BTM juga memberi perkhidmatan bantuan teknikal kepada pengguna kemudahan ICT MARA dan merancang, membangun serta menyelenggara infrastruktur bagi memudahkan pertukaran dan perkongsian maklumat.
Skop * : Pengurusan rumah rehat yang berada di sembilan buah negeri di seluruh Malaysia.
Objektif * : Sistem e-Rehat adalah untuk mewujudkan satu sistem pengurusan tempahan rumah rehat yang lebih sistematik dan efisien kepada PMN/PMD yang menguruskan rumah rehat. Sistem ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada kakitangan PMN/PMD di dalam menguruskan sebarang pertanyaan mengenai rumah rehat dan memudahkan pemantauanoleh BAP di dalam pengurusan rumah rehat yang berada di sembilan buah negeri di seluruh Malaysia.
kreativiti * :
Aplikasi ini merupakan kemudahan berkomputer di atas talian yang boleh diakses dengan menggunakan web melalui Internet atau Intranet. Pengunaan sistem di atas talian ini memudahkan warga kerja MARA untuk membuat tempahan rumah rehat MARA dari mana-mana tempat dan bila-bila masa sahaja.
Pentadbir juga tidak terikat dengan waktu pejabat di dalam menyemak dan meluluskan tempahan kerana mereka boleh melakukannya di mana sahaja termasuklah menggunakan peranti smart phone. Rekabentuk an
keberkesanan * :
Sistem e-Rehat ini mampu untuk direplikasi kepada aplikasi mudah alih (mobile apps) oleh kerana struktur Framework yang digunapakai untuk sistem ini adalah tersedia bagi pelbagai platform.
Struktur sistem e-Rehat ini juga boleh diaplikasikan secara customize untuk Agensi lain di bawah KKLW bagi kegunaan tempahan rumah rehat di bawah seliaan Agensi berkenaan.
relavan * :
Sistem e-Rehat yang dibangunkan ini membolehkan pengguna membuat semakan dan tempahan rumah rehat MARA secara online. Tempahan melalui online dapat menyalurkan maklumat dengan lebih cepat, selamat, tepat dan adil.
Pengguna yang membuat tempahan rumah rehat MARA melalui sistem ini dapat memuat naik salinan resit bayaran (imej) setelah permohonan dibuat. Surat tawaran akan dijana secara automatik oleh sistem sejurus pentadbir meluluskan permohonan dan pemohon boleh muat turun atau m
signifikasi * :
Inovasi ini mempunyai pelaksanaan kawalan ke atas tempahan melalui sistem yang dibangunkan dengan membolehkan pengguna dapat membuat tempahan secara real-time. Permohonan melalui sistem ini adalah berdasarkan ‘First come first serve’. Ini telah memudahkan dan mempercepatkan urusan semua warga MARA dan mengurangkan karenah birokrasi dalam pemilihan kakitangan untuk menginap di sesuatu rumah rehat dengan lebih telus dan adil.
Pentadbir rumah rehat juga tidak perlu lagi mengatur
pencapaian * : Pelaksanaan Sistem Pengurusan Tempahan Rumah Rehat MARA (e-Rehat) di semua rumah rehar MARA di seluruh Malaysia.