LitRe
Sebelum projek dilaksanakan, didapati pembaziran air berlaku akibat air terbuka semasa basuhan anggota, pengguna tidak peduli jumlah air, rekabentuk kepala paip yang tidak sesuai, tekanan air yang tinggi, dan penggunaan air tidak mengikut keperluan. Projek ini dihasilkan untuk mengelakkan pembaziran air disebabkan faktor-faktor sepertimana yang dinyatakan.
Projek yang memfokuskan isu pembaziran air semasa mengambil wuduk di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini dipilih atas beberapa faktor termasuk perbelanjaan bil utiliti yang tinggi, menyahut seruan Kerajaan Negeri tentang dasar penjimatan air, tiada pendedahan cara pengambilan wuduk yang sebenar dan amalan pembaziran air semasa berwuduk yang sentiasa berlaku.
 
Dibaca : 199 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 7 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * : Projek yang memfokuskan isu pembaziran air semasa mengambil wuduk di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini dipilih atas beberapa faktor termasuk perbelanjaan bil utiliti yang tinggi, menyahut seruan Kerajaan Negeri tentang dasar penjimatan air, tiada pendedahan cara pengambilan wuduk yang sebenar dan amalan pembaziran air semasa berwuduk yang sentiasa berlaku.
Skop * : Pegawai dan kakitangan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Objektif * : Mengurangkan pembzairan air semasa mengambil wuduk di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
kreativiti * : Penghasilan produk yang digunakan untuk mengambil wuduk, yang dapat menghentikan air secara automatik semasa pengambilan wuduk supaya air tidak keluar secara berterusan semasa basuhan antara anggota dan tidak akan membazir.

Hasil kajian, ini adalah produk pertama seumpamanya dalam pasaran dan oleh sebab itu, ianya sesuai untuk dipatenkan.
keberkesanan * : Kepuasan pengguna di tahap yang baik dengan majoriti melebihi 90% berpuas hati. LitRe juga menyokong usaha ke arah Green Technology.
relavan * : Membantu mengurangkan pembzairan sumber air, pematuhan terhadap arahan dan pekeliling dalam penjimatan air, mengurangkan perbelanjaan bil air.
signifikasi * : Projek ini berjaya mengurangkan punca masalah kepada 80%, mengurangkan penggunaan air sebanyak 60%, berjaya membudayakan amalan penjimatan air, menstabilkan tekanan air daripada 1 bar kepada 2.7 bar, meningkatkan kefahaman amalan mengambil wuduk yang sebenar mengikut syariat Islam dan berjaya mematuhi arahan pekeliling dalam penjimatan utiliti.
pencapaian * : 1. Anugerah Emas 3 Bintang di Konvensyen Team Excellence Kebangsaan Tahun 2016.

2. Anugerah Emas di Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur Tahun 2016.

3. Tempat Ketiga (Kategori Teknikal) Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor Tahun 2016.

4. Penghargaan daripada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

5. Penghargaan daripada Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia