iKurnia:Pendidikan Digital Autisme untuk Komuniti
Pendidikan autisme kepada komuniti secara bersemuka yang memerlukan kemudahan tempat, masa dan pengajar berada pada ruang yang sama telah ditukar kepada pendidikan atas talian iKurnia. iKurnia terdiri daripada kursus atas talian iKurnia MOOC dan iKurnia LIVE. iKurnia MOOC terdiri iKurnia Asas Autisme dan iKurnia Asas Intervensi. iKurnia LIVE pula ialah siaran langsung bengkel PERMATA Kurnia yang diadakan pada hujung minggu.iKurnia menggunakan platform OpenLearning.
iKurnia ialah pendidikan atas talian pertama mengenai autisme yang dibangunkan oleh PERMATA Kurnia. iKurnia dibangunkan bertujuan untuk menyediakan maklumat dan latihan mengenai autisme yang terkini, tepat dan berasaskan bukti (penyelidikan) kepada ibu bapa yang mempunyai anak autisme, guru, ahli terapi dan masyarakat secara amnya.

iKurnia terdiri daripada iKurnia MOOC (kursus atas talian) dan iKurnia LIVE (e-bengkel). Pembangunan iKurnia merupakan kepakaran dan kreativiti ole
 
Dibaca : 106 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 2 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * : iKurnia ialah pendidikan atas talian pertama mengenai autisme yang dibangunkan oleh PERMATA Kurnia. iKurnia dibangunkan bertujuan untuk menyediakan maklumat dan latihan mengenai autisme yang terkini, tepat dan berasaskan bukti (penyelidikan) kepada ibu bapa yang mempunyai anak autisme, guru, ahli terapi dan masyarakat secara amnya.

iKurnia terdiri daripada iKurnia MOOC (kursus atas talian) dan iKurnia LIVE (e-bengkel). Pembangunan iKurnia merupakan kepakaran dan kreativiti ole
Skop * : 1) Ibubapa yang mempunyai anak autisme
2) Tenaga Pengajar
3) Ahli Terapi
4) Masyarakat
Objektif * : iKurnia dibangunkan bertujuan untuk:-
1) Memperkasakan ibu bapa melalui pendidikan atas talian dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa dalam mendidik dan menyokong anak mereka agar dapat mengenal pasti intervensi yang sesuai dengan perkembangan anak.

2) Menyediakan maklumat dan panduan kepada guru dan ahli terapi mengenai strategi -strategi berasaskan bukti dalam menjalankan intervensi dan mendidik anak-anak autisme.

3) Membant
kreativiti * : Massive Open Online Course (MOOC) ialah satu ledakan baharu dalam pembelajaran secara maya. iKurnia MOOC merupakan kursus atas talian yang tidak mempunyai had peserta dan diakses di laman web dikenali sebagai platform MOOC. Pembelajaran iKurnia yang menarik dan interaktif. Bahan iKurnia MOOC terdiri daripada nota digital, infografik, dan pelbagai bentuk video sesuai dengan pelbagai alat teknologi yang digunakan.
keberkesanan * : PERMATA Kurnia dapat membantu ibu bapa, guru, ahli terapi dan masyarakat dalam mendapatkan pendidikan dan latihan secara atas talian dengan percuma menerusi iKurnia.
relavan * : iKurnia mengalakkan perkongsian kepakaran dan pengalaman ahli untuk pendidikan atas talian autisme yang berkualiti. iKurnia meningkatkan kerjasama ahli kandungan dan ahli teknikal untuk membangunkan iKurnia.Ahli kumpulan kandungan iKurnia terdiri daripada guru pendidikan khas, guru pendidikan awal kanak-kanak, ahli terapi cara kerja dan ahli terapi pertuturan manakala ahli teknikal merupakan kakitangan yang berpengalaman dalam teknologi maklumat.
signifikasi * : Perkhidmatan PERMATA Kurnia untuk memberikan kesedaran, pendidikan autisme kepada rakyat Malaysia mencapai hasrat dalam RMK-11 untuk menjadi kerajaan digital. Perkhidmatan kerajaan disediakan secara atas talian melalui iKurnia telah meningkatkan produktiviti dan kecekapan PERMATA Kurnia untuk memberikan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia.
pencapaian * : PERMATA Kurnia telah diiktiraf sebagai pusat bertauliah untuk Children with Autisme Centre Operation oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.