Program Coding@Schools
Program Coding@Schools ini dijalankan secara kolaborasi di antara Kementerian Kewangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang memberi fokus utama kepada pelajar sekolah tahap dua (tahun 4,5 dan 6) di seluruh Malaysia untuk memberi pendedahan kepada mereka dalam mempelajari asas-asas dan prinsip pengaturcaraan komputer melalui perisian HTML, CSS dan JavaScript bagi menggalakkan inovasi dan juga asas keusahawanan.

Semasa pembentangan bajet 2016 yang lalu, YAB PM telah menyatakan bahawa kerajaan akan melaksanakan program Coding@Schools melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Rentetan daripada pembentangan bajet tersebut, satu perbincangan daripada pengurusan atasan MOF, pengurusan atasan MOE, wakil daripada JPN dan NSU,MOF telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan program ini. (top-bottom). Sejurus daripada perbincangan itu, warga NSU,MOF telah mengadakan perbinc

 
Dibaca : 104 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 1 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * :

Semasa pembentangan bajet 2016 yang lalu, YAB PM telah menyatakan bahawa kerajaan akan melaksanakan program Coding@Schools melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Rentetan daripada pembentangan bajet tersebut, satu perbincangan daripada pengurusan atasan MOF, pengurusan atasan MOE, wakil daripada JPN dan NSU,MOF telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan program ini. (top-bottom). Sejurus daripada perbincangan itu, warga NSU,MOF telah mengadakan perbinc

Skop * :

Pelajar sekolah rendah tahap dua (tahun 4,5, dan 6) di seluruh sekolah Malaysia.

Objektif * :

Objektif utama program Coding@Schools ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dalam mempelajari asas-asas dan prinsip pengaturcaraan komputer melalui perisian HTML, CSS dan JavaScript bagi menggalakkan inovasi dan juga asas keusahawanan.

kreativiti * :

Program Coding@Schools ini memberi penekanan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah seluruh Malaysia untuk mempelajari subjek pengkomputeran sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah.

keberkesanan * :

Program ini dijalankan mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan dan diterajui oleh 40 pelatih dan fasilitator terpilih yang mempunyai minat yang mendalam dalam program ini. Dengan adanya fasilitator serta jadual yang efektif, program ini dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari ilmu pengkomputeran secara menyeluruh.

relavan * :

Program Coding@Schools ini sangat relevan kerana memberi pendedahan kepada peljar-pelajar sekolah rendah dalam mempelajari asas-asas dan prinsip pengaturcaraan computer melalui perisian HTML,CSS dan JavaScript bagi menggalakkan inovasi dan juga asas keusahawanan.

signifikasi * : pencapaian * :

Pada tahun 2016, sebanyak 3000 orang pelajar daripada 100 buah sekolah seluruh Malaysia telah mendapat manfaat daripada program Coding@Schools. Pada tahun 2017 pula, sebanyak 6000 penyeertaan peserta daripada 120 buah sekolah seluruh Malaysia akan meneruskan perjalanan mereka untuk mempelajari ilmu pengkomputeran.