L-Property
Sistem dibangunkan oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) melalui inovasi jabatan secara bersepadu. Ianya digunakan untuk menjadikan Lembaga Perumahan Melaka sebagai pusat maklumat, mendapatkan laporan keseluruhan projek perumahan serta memantau status pembinaan mengenai perumahan negeri Melaka.
Cetusan idea ini bermula daripada isu mengenai laporan perumahan yang suakr dicari kerana segala maklumat dokumen rasmi daripada kelulusan mesyuarat jawatankuasa pecah sempadan dan belah bahagi (JKBB) negeri Melaka dimasukkan ke dalam fail dan tidak disistemkan. Warga kerja LPM juga mengalami maslah untuk mencari maklumat perumahan yang tidak tepat dan tidak setempat serta perlu mengambil masa yang lama dalam membuat laporan untuk sesuatu projek perumahan.
 
Dibaca : 101 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 2 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * : Cetusan idea ini bermula daripada isu mengenai laporan perumahan yang suakr dicari kerana segala maklumat dokumen rasmi daripada kelulusan mesyuarat jawatankuasa pecah sempadan dan belah bahagi (JKBB) negeri Melaka dimasukkan ke dalam fail dan tidak disistemkan. Warga kerja LPM juga mengalami maslah untuk mencari maklumat perumahan yang tidak tepat dan tidak setempat serta perlu mengambil masa yang lama dalam membuat laporan untuk sesuatu projek perumahan.
Skop * : Penggunaan sistem L-Property telah mula digunakan pada Jun 2016 setelah unit Pemasaran melantk 5 orang pekerja sambilan ditugaskan untuk mengisi segala maklumat kelulusan JKBB daripada tahun 2007 sehingga 2017. Segala maklumat mengenai pemaju yang telah didaftar oelh Lembaga Perumahan Melaka juga dimasukkan ke dalam sistem L-Property. Bilangan hartanah pada setiap projek perumahan di negeri Melaka dimasukkan ke dalam sistem L-Property untuk memudahkan carian laporan yang dikehendaki. Selepas sel
Objektif * : Memastikan kemudahan sistem sebagai kelulusan kepada data berpusat di LPM mengenai maklumat perancangan dan pembangunan projek perumahan. Mendapatkan maklumat laporan keseluruhan projek perumahan negeri Melaka mengikut daerah, nama pemaju, dun dan harga jualan. Menyemak senarai nama pemaju perumahan yang berdaftar di Lembaga Perumahan Melaka.
kreativiti * : Sistem L-Property dibangunkan secara dalaman oleh unit Teknologi Maklumat Lembaga Perumahan Melaka. Penggunaan sistem lebih kepada unit Pemasaran yang mendapat surat daripada kelulusan JKBB dimasukkan ke dalam sistem manakala segala maklumat perumahan dan bilangan hartanah projek diperolehi melalui unit Teknikal. Berdasarkan maklumat yang terkumpul disimpan ke dalam sistem L-Property membolehkan untuk membuat laporan yang dikehendaki. Maklumat data yang disimpan akan di 'backup' secara berkala u
keberkesanan * : Berdasarkan sistem L-Property, laporan dapat dijana dengan berkesan setelah maklumat perumahan daripada kelullusan JKBB dimasukkan. Laporan berdasarkan No Lot, Nama Pemaju, Daerah, Dun, Agensi, No Lot, Harga Jualan, dan Kategori Hartanah. Senarai nama pemaju yang berdaftar dengan Lembaga Perumahan Melaka juga dapat disemak melalui sistem L-Property.
relavan * : Dengan kewujudan sistem ini
signifikasi * : Secara signifikan penggunaan sistem L-Property dapat memudahkan pencarian pemaju dan pencarian laporan perumahan negeri Melaka seterusnya dapat meningkatkan produktiviti warga kerja LPM dalam bidang ICT.
pencapaian * : Sebagai 'One Stop Centre' segala maklumat pemaju dan maklumat perumahan di negeri Melaka. Warga kerja LPM mendapat pendedahan mengena ICT dengan memperolehi laporan perumahan hanya dihujung jari. Memudahkan urusan dan menjimatkan masa untuk mengetahui perkembangan dan status pembangunan perumahan. Kebaikan secara khususnya kepada Unit Teknikal dan Unit Pemasaran LPM dalam menyemak harga kelulusan JKBB dan bilangan lot hartanah bagi setiap projek. Dapat memudahkan dalam membuat laporan perancang