SISTEM OCReS | |||
OCReS – Online Course Requirements System merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi membuat analisis keperluan latihan kakitangan IPN secara dalam talian menggunakan aplikasi web base. Dengan menggunakan borang IPN-PDFR-07/B01 (dokumen kawalan ISO), setiap kakitangan mengisi keperluan latihan kursus untuk tahun berikutnya bagi melengkapkan kompetensi dan kemahiran yang diperlukan, sesuai dengan bidang tugas dan kerja hakiki sepertimana dalam fail meja setiap pegawai. Setiap kakitangan yang telah mengisi borang IPN-PDFR-07/B01 ini dikehendaki menyerahkannya kepada Unit Pentadbiran untuk dibuat analisis keperluan latihan secara keseluruhannya. Borang analisa keperluan latihan IPN-PDFR-07/B01 digunakan dalam mengumpul maklumat keperluan latihan pegawai IPN. Borang ini diisi secara manual, serahan borang fizikal kepada Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran Am secara manual dan analisis latihan ini juga dilakukan secara manual oleh Unit 2 Sumber Manusia dan Pentadbiran Am. Analisis latihan pegawai dibuat secara manual semenjak tahun 2006 sehingga kini yang melibat gred 11 hingga 54. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai masalah timbul seperti dokumen tercicir atau hilang, tiada panduan mengisi dengan betul, proses analisis dilakukan secara manual menjadikan masa proses data menjadi lebih panjang dan maklumat latihan yang dipohon tidak mengikut keperluan kompetensi pegawai. Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran Am tidak dapat merujuk data pegawai untuk proses penyediaan cadangan latihan. | |||
Institut Perakaunan Negara (IPN) merupakan institut latihan awam di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang ditubuhkan selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang berdaya saing dalam menempuh arus globalisasi yang amat mencabar. IPN berperanan untuk membangunkan modal insan dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam melalui kursus-kursus yang ditawarkan. Sesuai dengan visi dam misi IPN untuk membangun dan mempertingkatkan kompetensi personel sektor awam. |
|||
Dibaca : 946 kali |
Pilihan Pengunjung :
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :
|
|||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||