Rubbish Filter Trap – RUB-FIT).
Projek inovasi JPS Pulau Pinang adalah merekabentuk dan menghasilkan produk bernama Rubbish Filter Trap (RUB-FIT) yang berfungsi sebagai tong sampah yang berpenapis untuk mengumpul sampah sarap dan sisa pepejal yang diangkut dari dalam sungai/parit bagi mengelakkan sampah sarap itu berselerak semasa kerja-kerja pembersihan sungai yang dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik. Produk ini mudah dikendalikan malah ia juga menjimatkan masa tenaga kerja serta meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan. Sokongan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah amat penting untuk mengunapakai produk ini kerana ia akan menjimatkan perbelanjaan mengurus jabatan. Kebersihan persekitaran adalah amat penting bagi menjamin kesihatan yang sempurna dan alam sekitar yang bersih terjamin.
Tujuan projek inovasi ini diambil kira adalah kerana ia secara langsung
terlibat di dalam bidang kerja jabatan iaitu mengangkut sampah di dalam
sungai/parit yang dijalankan oleh kontraktor. Ianya juga merupakan objektif
Bahagian Pengurusan Sungai, JPS Pulau Pinang. Di samping itu juga, jabatan
sering kali menerima aduan ekoran masalah sampah sarap yang diangkut dari
sungai/parit berselerak di tepi tebing sementara menunggu sisa sampah sarap<
 
Dibaca : 103 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 4 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * :
Tujuan projek inovasi ini diambil kira adalah kerana ia secara langsung
terlibat di dalam bidang kerja jabatan iaitu mengangkut sampah di dalam
sungai/parit yang dijalankan oleh kontraktor. Ianya juga merupakan objektif
Bahagian Pengurusan Sungai, JPS Pulau Pinang. Di samping itu juga, jabatan
sering kali menerima aduan ekoran masalah sampah sarap yang diangkut dari
sungai/parit berselerak di tepi tebing sementara menunggu sisa sampah sarap<
Skop * :
Membantu menyelesaikan masalah pencemaran sungai dan parit bagi penduduk kawasan bandar , pelajar- pelajar dan membantu menyelesaikan masalah pihak berkuasa
Objektif * :
Objektif projek inovasi ini adalah seperti berikut :-
(a) Untuk memastikan sampah sarap dan sisa pepejal yang diangkat dari
parit/sungai tidak dilonggokkan dengan berselerak di tepi parit/sungai.
(b) Untuk meningkatkan mutu dan kualiti kerja di dalam sistem pengoperasian
pembersihan sungai dan mengangkut sampah berjalan dengan baik.
(c) Untuk memastikan imej persekitaran dalam keadaan bersih di samping
meningkatkan mutu kesihatan y
kreativiti * :
Produk bagi struktur Rubbish Filter Trap (RUB-FIT) ini telah dirancang
pada tahun 2015 dan Ianya mula direkacipta dan dipasang pada tahun
tersebut. Struktur Rubbish Filter Trap (RUB-FIT) ini direkabentuk untuk
berfungsi sebagai tong sampah dan sisa pepejal yang berpenapis di mana
struktur ini dipasang dan diletakkan bersebelahan sungai/parit. Konsep asas
dalam menghasilkan struktur RUB-FIT ini adalah pengawalan di punca atau
lebih
keberkesanan * :
Selepas pemasangan struktur RUB-FIT dan melalui pemantauan jabatan
ini tiada laporan aduan yang diterima bagi kawasan yang dipasang RUB-FIT.
Ini kerana kuantiti sampah sarap yang berselerak di tepi tebing sungai/parit
tiada lagi. Pada kebiasaannya sebelum ini sampah yang berselerak di tepi
tebing sungai/parit akan masuk semula ke dalam sungai/parit
relavan * :
Dengan pemasangan struktur RUB-FIT ini, berkurangnya masa jadual
pungutan sampah dari setiap hari menjadi dua hingga tiga sekali dalam
seminggu. Maka bilangan hari kerja dapat dikurangkan sehingga 70% begitu
juga penjimatan kos penyelenggaraan. Cara ini memudahkan kerja pungutan
sampah dan masa yang terluang dapat digunakan untuk membuat kerja-kerja
lain. Justeru itu, sistem mahupun jadual pungutan sampah pada struktur
RUB-FIT dapa
signifikasi * :
Sampah sarap dari parit-parit akan diangkut dan dimasukkan di dalam
struktur RUF-FIT tanpa hadnya. Cara operasi untuk mengangkut sampah
lebih mudah dan kerja-kerja ini tidak berulang kali kerana sarap sampah yang
diangkut dari sungai/parit diukumpulkan dalam RUB-FIT dan tidak berselerak
lagi di tepi sungai/parit. Oleh itu, secara tidak langsung isu-isu pencemaran
sampah sarap dan sisa pepejal dapat ditangani dengan lebih berkesan dan
pencapaian * :
Produk RUB-FIT ini telah dipertengahkan kepada Yang Berhormat Chow Kon
Yeow, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas Dan Tebatan Banjir
Negeri Pulau Pinang. Beliau amat berpuashati kepada JPS kerana telah
menghasilkan produk Rubbish Filter Trap (RUB-FIT) dan berharap supaya
produk ini digunakan pakai oleh Pihak Berkuasa Negeri dan agensi-agensi
swasta di dalam pengasingan dan pengumpulan sampah di Negeri Pulau
Pinang.