Insiatif NBOS-Connecting the Unconnected (NBOSH - CTU)
Menghubung Rakyat  Membina Masyarakat Bermaklumat  Menggerak Ekonomi Digital  Memperkasa Industri Kreatif

Inisiatif NBOS - Connecting The Unconnected (NBOS-CTU) atau dalam Bahasa Melayu, Negaraku: Menghubung Menyatu adalah merupakan cetusan idea KKMM berdasarkan kesedaran bahawa masih terdapat sejumlah satu (1) juta penduduk (216,000 isi rumah) di kawasan pedalaman seluruh Malaysia tiada atau terhad akses kepada perkhidmatan internet, TV dan radio. Antara sebab utama yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kerana kawasan berkenaan tidak mendatangkan keuntungan kepada penyedia perkhidmatan Komun

 
Dibaca : 102 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 8 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * :

Inisiatif NBOS - Connecting The Unconnected (NBOS-CTU) atau dalam Bahasa Melayu, Negaraku: Menghubung Menyatu adalah merupakan cetusan idea KKMM berdasarkan kesedaran bahawa masih terdapat sejumlah satu (1) juta penduduk (216,000 isi rumah) di kawasan pedalaman seluruh Malaysia tiada atau terhad akses kepada perkhidmatan internet, TV dan radio. Antara sebab utama yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kerana kawasan berkenaan tidak mendatangkan keuntungan kepada penyedia perkhidmatan Komun

Skop * :
Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan Sasaran
CTU mensasarkan kepada komuniti yang tinggal di kawasan pedalaman berdasarkan empat (4) kriteria, iaitu:
a) Terpencil – hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan empat roda, bot dan helicopter;
b) Tiada atau terhad liputan connectivity internet, TV dan radio;
c) Terdiri daripada golongan isi rumah B40; dan
d) Kekurangan perkhidmatan asas seperti kemudahan kesihatan dan pusat komuniti.
Objektif * :
1. Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan memantau dasar-dasar dan perundangan berkaitan keselamatan dan integriti teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia;
2. Menyebar dan memasar maklumat kerajaan di peringkat kebangsaan dan global;
3. Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan industri kandungan secara kreatif dan inovatif; dan
4. Membangun dasar dan program keselamatan maklumat dan infrastruktur komunikasi.
kreativiti * :
Elemen Inovatif/Kreativiti (Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik)
a) Kaedah Pelaksanaan Inisiatif NBOS-CTU
Berpaksikan pada prinsip NBOS iaitu High Impact, Low Cost, Rapid Execution dan Sustainable, inisiatif CTU dilaksanakan melalui kolaborasi dengan pelbagai agensi, antara lain, adalah seperti syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telcos dan ASTRO), Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan NGO berkaitan.
keberkesanan * :
Gambaran faedah yang nyata diperolehi
Menerusi “Digitising and Humanising Communications”,
Rakyat akan mendapat manfaat dari segi akses kepada
perkhidmatan dan sumber maklumat serta peluang penjanaan pendapatan baharu dalam talian. Ia juga dapat mengurangkan jurang penyampaian maklumat Kerajaan kepada masyarakat dan merapatkan hubungan Pemimpin dengan Rakyat selaras dengan hasrat program CTU untuk „Menghubung Menyatu komuniti pedalaman.

relavan * :
a) Sumbangan kepada agenda organisasi / nasional
 Menghapuskan halangan connectivity dan mengurangkan digital divide antara masyarakat bandar dan kawasan pedalaman selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mencapai pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat sebagaimana yang dirancang sejak RMKe-10;
 Sejajar dengan Visi KKMM untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat dan terhubung serta meningkatkan taraf hidup komuniti di kawasan pedalaman melalui akses kepada maklumat
signifikasi * : a) Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan
Hasil daripada jaringan telekomunikasi yang baik, penduduk dapat akses kepada maklumat dan perkhidmatan dalam talian internet bila-bila masa dan di mana jua sekali gus mengurangkan kos dan masa penduduk pedalaman untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan.
Menerusi NBOS, CTU membawa agensi Kerajaan seperti Kementerian Kesihatan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan di rumah penduduk pedalaman.
NBOS-CTU telah
pencapaian * :
Penghargaan daripada YAB. Timbalan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Ketua
Setiausa Negara dalam mesyuarat NBOS Summit pada 8 November 2017 dan 16
November 2017 di atas inisiatif dan tindakan segera KKMM untuk bekerjasama
dengan rakan strategik NBOS bagi memberi bantuan kepada golongan miskin