Program Medicare 3R
Program Pemulangan Ubat (PPU) oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula dilaksanakan pada tahun 2010 sebagai inisiatif untuk menguruskan pelupusan ubat-ubatan agar lebih selamat dan mesra alam. Pengenalan program ini juga menyokong Strategi Hijau Malaysia yang diperkenalkan melalui Dasar Alam Sekitar Negara pada tahun 2002. Sehingga awal tahun 2016, hampir 90% ubat-ubat yang dipulangkan oleh pesakit dapat diguna semula. Pemulangan ubat oleh pesakit ketika itu menjadi tambah nilai kepada Program Pemulangan Ubat. Namun begitu, setelah garis panduan baru dikeluarkan pada 2016, kesemua ubat-ubatan tersebut terpaksa dilupuskan atas saranan WHO. Kos ubat dan kos pelupusan menjadi pembaziran yang besar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada tahun 2017 sahaja, anggaran kos ubat dan kos pelupusan yang telah dibazirkan oleh pesakit di Hospital Kulim adalah sebanyak RM 65,000. Program Medicare 3R merupakan inovasi penyampaian perkhidmatan kategori penambahbaikan. Ia diadaptasi daripada konsep kitar semula dan diaplikasikan untuk program pemulangan ubat di Farmasi Pesakit Luar. Program ini bertujuan untuk mengurangkan ubat yang dipulangkan oleh pesakit yang tidak dapat diguna semula. Fokus utama program ini adalah untuk mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan, mendidik pesakit tentang pengubatan sendiri serta tentang pemulangan dan pelupusan ubat. Ia berkonsepkan 3R cuma diubahsuai mengikut kesesuaian program. Ia menggantikan terma 3R yang asal (Reduce,Reuse, Recycle) kepada Review, Return

 

Dibaca : 133 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 17 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * :

Skop *

: Pesakit kronik yang mendapatkan rawatan di Hospital Kulim
Objektif * :

kreativiti *

: Ini adalah hasil kreativiti sendiri tanpa meniru mana-mana pihak
keberkesanan * : program ini telah terbukti dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam pembelian ubat-ubatan. Penjimatan terhasil daripada penjimatan ubat-ubatan yang dipulangkan terus daripada kaunter pendispensan, penjimatan melalui pengurangan ubat yang dipulangkan dari rumah dan pengurangan kos pelupusan
relavan * : Ia sangat relevent untuk dilaksanakan di mana-mana tempat pun kerana ia menggunakan kos yang sangat minima serta perlaksanaannya pantas.
signifikasi * : projek ini dapat memberikan kesan yang sangat signifikan ke atas penjimatan akibat pengurangan pemulangan ubat yang tidak dapat diguna semula. ia juga menjadi faktor penting untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat sisa farmaseutikal
pencapaian * : Projek ini akan menyertai Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam KKM 2018