REMOTE TERMINAL UNIT TEMPATAN UNTUK STESEN HIDROLOGI
Seksyen Peralatan Hidrologi adalah salah satu seksyen di dalam Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi yang bertanggungjawab untuk membina dan membangunkan stesen-stesen baru, menguji alat-alat baru dengan teknologi yang baru dan menyelenggara stesen-stesen sedia ada bagi mengumpul data-data hidrologi untuk tujuan pemantauan banjir, kemarau, kajian dan lain-lain. Antara stesen-stesen yang telah dibangunkan ialah stesen hujan, sejatan, aras air sungai, luahan sungai, kualiti air sungai dan enapan ampai sungai. Kesemua stesen-stesen ini telah dibangunkan dan melalui revolusi teknologi terkini dengan menggunakan peralatan-peralatan yang canggih seperti ‘Remote Terminal Unit’ (RTU), GSM Modem, Data Logger, Radar Sensor, Bubbler Sensor dan lain-lain. RTU ini telah melalui perubahan teknologi bermula dengan hanya mempunyai ciri-ciri yang terhad seperti menggunakan format ‘short messaging service’ (SMS) bagi format penghantaran data, papan kekunci dan USB Port dan seharusnya ditambah baik dari masa ke semasa mengikut keperluan Jabatan.
 
Dibaca : 86 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 7 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * :
Skop *
:

Objektif *

:

kreativiti *

:

keberkesanan *

:

relavan *

:

signifikasi *

:

pencapaian *

: