Latarbelakang * |
: |
Projek Smart Community Urban Farming Kebun Kita [R] ini merupakan projek
KIK Hibrid yang diusahakan oleh Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang
(CMI) melalui konsep ‘Public Private Community Academia’ bersama Think
City Sdn. Bhd. (TC) dan rakan akademik Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) di bawah bidang Inovasi Sosial di bawah kategori
Penciptaan. Projek ini diinspirasikan selaras dengan Visi Penang 2030 di
bawah Inisiatif Strategik - Menaiktaraf Ekonomi Bag |
Skop * |
: |
Inisiatif pelaksanaan projek Smart Community Urban Farming Kebun Kita
[R] ini memenuhi kehendak pelanggan dan pemegang taruh (stakeholder).
Stakeholder yang terlibat adalah seperti berikut:
a. Komuniti B40;
b. YB. ADUN Kawasan;
c. Pihak Think City;
d. Pihak UPSI;
e. Jabatan Pertanian; dan
f. Lain-lain (seperti sukarelawan, para pesara |
Objektif * |
: |
Projek ini selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang
mensasarkan 100 hab kebun komuniti berkonsepkan pertanian bandar dalam
tempoh lima tahun akan datang. Inisiatif kebun komuniti dilihat
mempunyai prospek yang sangat cerah untuk dimajukan pada masa hadapan.
Selain dapat menjana ekonomi jangka pendek, inisiatif ini juga memberi
jaminan dari segi keselamatan makanan serta memanfaatkan golongan isi
rumah B40 sekiranya diusahakan secara berterusan. Ianya |
kreativiti * |
: |
Projek Smart Community Urban Farming Kebun Kita [R] ini merupakan
kombinasi demonstratif yang terdiri daripada kaedah penanaman batas,
Vertical Aquaponics dan mesin kompos. Vertical Aquaponics yang terdiri
daripada kombinasi projek pertanian dan perikanan secara pintar yang
pertama di Pulau Pinang. Smart Farming ini dilengkapi dengan kemudahan
Internet of Things (IoT) melalui sensor bagi tujuan pemantauan suhu
persekitaran, pembajaan dan pengairan. Smart Farming ini m |
keberkesanan * |
: |
Majlis perasmian projek ini telah di adakan pada 14 September 2020
serentak dengan penuaian hasil kali pertama sebanyak 150 kilogram sayur
hasil dari Smart Community Urban Farming Kebun Kita [R]. Hasil tanaman
ini disumbangkan kepada komuniti B40 di kawasan sekitar oleh YAB. Ketua
Menteri dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri yang terlibat serta diagihkan
juga kepada PPRT Taman Manggis dan Flat Jalan Kedah.
Selepas perasmian tersebut, CMI telah menerima lima (5) permohon |
relavan * |
: |
Cadangan pelaksanaan projek ini telah diluluskan Jawatankuasa Pengurusan
CMI pada Mei 2020. Matlamat projek ini diwujudkan adalah seperti
berikut:
a) Memaksimumkan penggunaan kawasan lapang di Perpustakaan Digital Pulau
Pinang Fasa 1 (PDL-P1);
b) Memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti mengenai kaedah
penggunaan baja organik yang lebih selamat dan menjamin keselamatan
makanan. Baja kimia yang dijual di pasaran memberi kesan sampingan
kepada kesihatan;
c) M |
signifikasi * |
: |
Inisiatif kebun komuniti dilihat mempunyai prospek yang sangat cerah
untuk dimajukan pada masa hadapan. Selain dapat menjana ekonomi jangka
pendek, inisiatif ini juga memberi jaminan dari segi keselamatan makanan
serta memanfaatkan golongan isi rumah B40 sekiranya diusahakan secara
berterusan. Ianya selaras dengan tema Penang 2030 di bawah pecahan B2
iaitu memodenkan dan memperbagaikan pertanian mapan. |
pencapaian * |
: |
Perakuan daripada pihak bertauliah/pihak berkuasa SIRIM dan MyIPO melalui inovasi dan teknologi UPSI untuk inovasi projek ini. |