DISASTER-FACILITY FOR OPERATIONAL
Sistem d-FORCE merupakan Sistem data berpusat di mana Sistem yang ditempatkan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut ini akan menjadi tempat pengumpulan dan penyelaras kepada maklumat–maklumat yang dibekalkan oleh jabatan-jabatan yang berkenaan dan juga orang awam.Berdasarkan maklumat tersebut komander akan memberi arahan berikutnya bagi urusan menyelamatkan mangsa.
Sistem d-FORCE merupakan sistem data berpusat di mana sistem yang ditempatkan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut ini akan menjadi tempat pengumpulan dan penyelaras kepada maklumat–maklumat yang dibekalkan oleh jabatan-jabatan yang berkenaan dan juga orang awam. Berdasarkan maklumat tersebut komander akan memberi arahan berikutnya bagi urusan menyelamatkan mangsa.
 
Dibaca : 150 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 12 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * : Sistem d-FORCE merupakan sistem data berpusat di mana sistem yang ditempatkan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut ini akan menjadi tempat pengumpulan dan penyelaras kepada maklumat–maklumat yang dibekalkan oleh jabatan-jabatan yang berkenaan dan juga orang awam. Berdasarkan maklumat tersebut komander akan memberi arahan berikutnya bagi urusan menyelamatkan mangsa.
Skop * :
Kumpulan Sasar :
Projek ini berkait rapat dengan misi, visi, matlamat, fungsi dan piagam pelanggan jabatan –jabatan iaitu meningkatkan kesiapsiagaan daerah untuk menghadapi bencana banjir serta memastikan kesejahteraan rakyat. Antara agensi terlibat adalah :
 Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Jerantut
 Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut
 Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut
Objektif * :
Semua maklumat mengenai kejadian banjir dapat direkodkan dengan lebih baik dan boleh dijana pada bila-bila masa diperlukan dan merupakan maklumat yang sahih.

Apabila sistem pengurusan maklumat berjalan lancar, operasi menyelamat dan pengagihan bantuan akan turut mendapat kesan positif. Seterusnya, masyarakat sebagai pemegang taruh utama mendapat manfaat besar seperti mengelakkan kemalangan jiwa serta kebajikan mangsa di pusat pemindahan terjaga.
kreativiti * :
Kaedah penyimpanan data sebelum ini iaitu sistem manual, yang mana berbelas-belas papan putih digunakan sepanjang Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dibuka sehingga berhari-hari. Perkara-perkara seperti data hanya wujud ketika itu sahaja dan tiada lagi atau tidak lengkap selepas bencana menyukarkan proses dokumentasi.
keberkesanan * :
a) Penyimpanan Data yang Berkesan
b) Maklumat Sahih
relavan * : Di peringkat nasional, projek d-Force menyokong Arahan No. 20, Dasar dan Mekanisma Pengurusan Dan Bantuan Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara. Arahan ini menggariskan mekanisma pengurusan bencana secara lebih menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana.
signifikasi * :
a) Meningkatkan Keyakinan Masyarakat terhadap Pentadbiran
Daerah dan Jabatan-jabatan Kerajaan

b) Meningkatkan Ketelusan dan Integriti dalam Menyampaikan Bantuan

pencapaian * :
Pendaftaran dengan MyIPO
Sistem d-FORCE didaftarkan sebagai harta intelek, peluang telah terbuka bagi sistem ini untuk dikomersialkan secara meluas.

Potensi untuk Pembangunan Aplikasi Telefon Pintar
Antara idea yang diutarakan oleh ahli kumpulan ialah sistem ini boleh dibangunkan sebagai aplikasi telefon pintar bagi penyebaran maklumat sahih berkaitan bencana kepada masyarakat, sekaligus menyekat penularan maklumat palsu.